
Sulit
5 tahun
Kembung dan keras perut dan susah bernafas
dr saya selalu rasa sengkak perut bila makan je mesti perut rasa keras dan rasa susah sangat nak bernafas… bila bangun pagi tak rasa pun macam tu tapi kalau lepas makan je mesti rasa macam tu… kenapa ye dr… saya risau la… dah makan ubat gastrik banyak kali tapi still tak hilang…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, dalam merawat gastrik, mengambil ubat sahaja tidak cukup untuk menyembuhkan anda. Selain ubatan, anda juga harus melakukan perubahan gaya hidup seperti:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok
Selain itu, sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih