
Sulit
4 tahun
Kembung perut dan tak sedap badan
Hi Doctor. Saya ada beberapa soalan nak diajukan:
- Minggu lepas saya ada minum susu full cream lepas beberapa jam tekak saya rasa kering dan sakit… Pada mulanya saya fikir tekak sakit bukan berpunca pada susu dan saya teruskan minum. Minggu ini tekak saya seperti bengkak dan menganggu sendi sekitar mulut dan belakang telinga. Saya juga mengalami batuk dan seperti tersedak. Ada juga penghasilan mucus dan kahak ketika batuk. Perut saya juga kembung dan sukar membuang angin. Apakah permasalahan saya? Apakah saya alergik terhadap produk tenusu dan susu? Atau Adakah ia berkaitan dengan simptoms2 Covid19? Mohon pencerahan. Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih