
Sulit
5 tahun
Kembung perut hampir 2bulan
Saya mengalami kembung perut hampir 2bulan dan ada menjalani pembedahan apendiks 3 bulan yang lalu. Sekarang saya kerap rasa sakit dibahagian pembedahan tersebut. Tiada demam, boleh sendawa Dan buang angin. Ada makan ubat dari klinik tapi masih jugak kembung perut.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih