
Sulit
3 tahun
Kembung perut, pedih, sendawa nafaa pendek
Saya lelaki berumur 41 tahun… Saya kerap mengalami sendawa yg kekadang berpanjangan… Pedih ulu hati dan kurang selesa di bahagian atas perut… Terasa terlalu banyak angin… Bila di tekan bahagian2 bahu, mana2 tu sy langsung sendawa… Lepas makan je perut rasa kembung dan mulalah saya rasa sesak nafas sikit… Bila dah sendawa yg besar/panjang baru ada lega… Saya rasa badan sy panas tapi tak demam… Kekadang jantung pun laju bdegup. Mengenai buang air besar plak, macam rasa tak puas membuang…kadang2 ok jg membuang… Dah bnyk kali sy ecg, keputusan nya semua cantik… Saya dah endoskopi, dan sy di sahkan ada gastrik n hiatal hernia… Bila sakit sy datang ni, kekadang sebulan baru ok semula… Pada doktor, apa sebenarnya penyakit yg saya sedang alami ni… Dah 2 tahun sy tak bekerja… Kerja sikit kepala fikir yg bukan2… Axiety panic kah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan anda, seperti kerap sendawa dan kembung perut sehingga sesak nafas, serta beberapa gejala yang lain. Anda juga mempunyai sejarah hiatal hernia yang ditemui selepas endoskopi. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, memandangkan anda mempunyai penyakit hiatal hernia di mana sedikit bahagian perut anda terkeluar ke bahagian atas dada. Ini menyebabkan asid perut naik ke atas dan menyebabkan gejala pedih, kembung dan kerap sendawa.
Namun begitu, gejala ini juga boleh berlaku atas sebab lain seperti masalah gastrik, masalah penghadaman makanan, sesetengah makanan yang anda ambik juga boleh menyebabkan perut anda lebih bergas.
Anda juga menyatakan bahawa anda turut mengalami gejala jantung berdegup laju, masalah membuang air serta kegusaran jika anda mempunyai anxiety atau panic.
Gejala jantung berdegup laju juga, boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, termasuklah masalah jantung, tiroid, perasaan cemas, dan lain-lain.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah pada sistem pencernaan anda serta gejala degupan jantung laju yang anda alami, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.