
Sulit
5 tahun
Kembung perut sebelum dan selepas datang haid
Saya wanita berusia 37 tahun, anak seorang, 6 tahun. 7 tahun kawin, setiap bulan datang haid. Tapi minggu lepas saya datang haid setelah genap 2 bulan tak datang haid.
2 minggu sebelum haid saya rasa perut tak selesa, kejap rasa krem, kejap rasa kembung, rasa loya, rasa macam mengandung. Tapi bila buat UTP, negatif. Mula ingat perubahan tu sebab nak datang haid, tapi lepas habis haid 7 hari, sakit tu datang balik. Sakit pinggang, sakit belakang, ulu hati, sesak nafas, kembung perut dan sakit perut kejap kanan, kejap kiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kembung boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Kebanyakan makan makanan berlemak
- Makan makanan kaya serat (fibre) seperti sayuran
- Intoleransi laktosa
- Masalah keradangan usus
- Premenstrual syndrome (PMS)
- Masalah sistem pencernaan lain seperti jangkitan bakteria H.pylori, hiatal hernia dan lain-lain
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.