
Sulit
3 tahun
Kemerahan di tempat suntikan lama
Saya wanita berumur 28 tahun. 13 Jun lepas saya selesai dos pertama AZ vaccine. Pada 23 Jun sekeliling parut suntikan BCG saya mula kemerahan dan tidak gatal. Adakah ia normal? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang gejala kemerahan pada sekitar parut BCG anda 10 hari selepas suntikan vaksin AZ. Saya akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, kesan sampingan suntikan vaksin biasanya bersifat ringan dan sementara. Memandangkan gejala ini muncul selepas 10 hari suntikan, bersar kemungkinan ia adalah berpunca daripada masalah lain seperti ruam kulit, gigitan seranggan dan lain-lain.
Namun begitu, anda boleh rujuk kepada doktor untuk penerangan lanjut. Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Harap penerangan ini membantu.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini