
Sulit
4 tahun
Kemoterapi Kanser Payudara
Isteri saya berusia 56 tahun dan telah selesai menjalani rawatan kemoterapi yang ke enam. Masalahnya doktor, isteri saya sefang mengalami kesakitan yang amat sangat walaupun telah hampir 20 hari selesai menjalani kemoterapi yang ke enam. Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu mengurangkan kesakitan isteri saya. Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan ini boleh memberikan pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- loya/muntah
- masalah saraf
- rambut gugur
- letih dan lesu
- sembelit atau cirit-birit
Bagi mengurangkan kesakitan dan mengatasi kesan sampingan rawatan ini, disarankan untuk anda merujuk doktor yang merawat agar ubat yang sesuai untuk mengurangkan kesakitan dapat diberikan.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.