
Sulit
4 tahun
Kenapa BAB Berdarah Dan Cara untuk mengatasinya
Saya wanita berusia 24tahun. Bulan lepas saya disahkan Ada Chlamydia Dan UTI. Selepas habis menerima rawatan tersebut, doc memberikan saya DOXY ANTIBIOTIC. Dan ketika itu lah saya Mula rasa susah untuk membuang air besar. Doc telah berikan saya ubat gas dan constipation. Masalahnya, sejak dari 20/5 sehinga kini, saya dapati najis saya setiap hari Berdarah (bercampur) kadang² cuma darah sahaja yang menitis sebelum dan selepas meneran. Saya hilang selera makan sebab takut untuk ke tandas Dan sangat memilih untuk makan. Saya juga perbanyakkan minum air suam Dan mengambil probiotik dari pharmacy. Adakah BAB Berdarah sangat serius? Atau ianya sementara? Perlukah saya berhenti mengambil ubat pelawas? Kerana najis agak susah untuk keluar. Saya Hari Hari ke tandas. 4/5kali untuk buang air besar. Jika saya makan, maknanya saya akan ke tandas untuk BAB. Jika tidak makan Hanya kencing sahaja. Boleh doktor tolong saya bagaimana atasi masalah ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah buang air besar berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana masalah buang air besar berdarah boleh mengakibatkan kekurangan darah (anaemia) dan pitam jika banyak darah keluar secara berterusan apabila membuang air besar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.