
Anonymous
5 tahun
Kenapa berak saya keluar lendir dan darah?
Saya lelaki berumur 22 tahun… 3 hari lepas sy bangun pagi dan membuang air besar seperti biasa namun pada tengahari tersebut… saya ingin membuang air besar untuk kali kedua tetapi hanya keluar lendir dan beberapa titik darah didalam lendir tersebut… dan malamnya sy membuang lagi dan ade 1 ketulan lendir tanpa darah… pada hari kedua… saya membuang dan ade sedikit sahaja lendir… dan pada hari ketiga… sy dapat membuang seperti biasa… tiada lendir dan darah… dan pada harini sy pergi berjumpa doktor kerajaan untuk kepastian… dan beliau memberitahu bahawa saya mempunyai buasir selepas memeriksa sy namun saya belum explain detail lagi tentang hari2 saya… jadi sy minta pendapat doktor2 semua… supaya boleh membantu saya… adakah sy menghidap buasir kerana daripada artikel buasir yang saya baca… saya tidak jumpa tentang lendir… dan kuantiti darah pun sngat berbeza kerana pada hari pertama saya terkena mcm tu… mmg sngat2 sikit darah… dan cuma untuk 1 kali shj means bukan beberapa kali keluar darah. Terima kasih doktor

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Buasir adalah saluran darah yang bengkak di bahagian bawah dubur. Kadang-kadang dinding saluran darah meregang dan mejadi begitu tipis sehingga ia boleh membentuk seperti ketulan/benjolan/bengkak, terutama ketika anda membuang air.
Tanda- tanda buasir adalah termasuk:
- Gatal melampau di sekitar dubur
- Iritasi dan sakit di sekitar dubur
- Fatal atau bengkak yang menyakitkan atau bengkak berhampiran dubur anda
- tidak dapat menahan untuk buang air besar
- pergerakan usus yang menyakitkan
- darah pada tisu selepas pergerakan usus
Pemeriksaan visual dubur mungkin cukup untuk mendiagnosis buasir. Untuk mengesahkan diagnosis, doktor boleh melakukan pemeriksaan yang berbeza untuk memeriksa apa-apa keabnormalan yang terjadi dalam dubur.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yg sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.