
Sulit
4 tahun
Kenapa gusi masih sakit selepas scaling gigi?
saya berusia belasan tahun . gusi saya bengkak dan berdenyut .saya sudah berjumpa doktor dan membuat scaling gigi. tetapi kadang kala gigi saya masih berdenyut. apakah sebabnya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gusi akan berada dalam kesakitan dan bengkak untuk beberapa hari selepas melakukan scaling. Kesakitan boleh berlaku sehingga seminggu. Jika kesakitan anda, melebihi seminggu, saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor gigi anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh membuatkan gusi sakit, seperti:
- Keradangan pada gusi ( gingivitis )
- Mengandung
- Jangkitan kuman
- Kekurangan zat makanan ( malnutritio )
- Gigi bertindan dan tertolak ( impacted tooth )
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.