Sulit
6 tahun
Kencing ada keluar ketulan darah
Saya wanita umur 29 tahun…kencing ada keluar sikit ketulan darah, adakah normal atau tidak?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Sisa darah haid yang tidak habis
- Radang saluran kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit atuo-imun seperti SLE
- Kecederaan pada saluran kencing
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































