
hairi_fly160
5 tahun
Kencing Berbuih adakah punca buat pinggang?
Saya seorang lelaki berumur 26 tahun.Doktor,apabila saya kencing warna kuning kan,saya seperti nampak buih2 pda air kencing saya.kalau air putih tak berbuih…hanya air kuning saja akan berbuih bila kencing…
Adakah itu tanda saya mengalami sakit buah pinggang? buah pinggang saya memang sakit2 terasa urat saraf didalam macam terhimpit dan tak selesa sebelah kiri…dan jika air tiada dlm bdan maka buah pinggang saya jd sakit…
Adakah saya perlu buat ujian scan MRI ya untuk sy nak tahu punca kenapa saya rasa mcm saraf dalam organ seperti terhimpit doktor.
Anggaran Kos pembedahan berapa ya harganya ? jika saya mahu buat pembedahan cek buah pinggang? Rasa seperti arteri terhimpit didalam organ atau diluar…
Dah 3 minggu saya jd macam ni…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara samada berpenyakit ataupun tidak penyakit. Antara perkara tidak berpenyakit yang boleh mengakibatkan kencing berbuih ialah:
- Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih
- Kelajuan air kencing
- Dihidrasi
Masalah lain yang boleh menyebabkan kencing berbuih ialah:
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang seperti sindrom nefrotik
- Diet tinggi dengan protein
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang kencing berbuih di sini. Terima kasih.