
Sulit
3 tahun
Kencing berdarah ( bercampur darah tiada ketulan)
Hi . Saya remaja lelaki berumur 20 tahun . Saya dapati semalam urin saya bercampur darah (warna merah) tidak pekat dan bukan ketulan . Namun tidak merasa sakit . Pagi ini pula saya merasa sikit ngilu dan apabila membuang air kecil terdapat ketulan yg keluar . namun urin tak semerah semalam . Boleh saya tahu ini kondisi yang agak serius atau tidak kerana akses saya utk ke klinik agak susah kerana dalam fasa kuarintin di ipt . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit batu karang di ginjal
- Batu karang di pundi kencing
- Infeksi saluran kencing
- Penyakit radang panggul
- Kanser pundi kencing atau buah pinggang
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.