
Anonymous
5 tahun
Kencing berdarah dan berlendir
Saya wanita 20an. Saya da lame ta kena period da beberapa bulan. Saya kerap kencing berdarah dan berlendir. Boleh saya tahu ape jenis penyakit bagi penyakit saya ta? Asap n saya nak tahu ade ubat ta untuk penyakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada faraj
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.