
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah, sakit dibahagian bawah perut
Sy wanita berusia 28 thn. Sy baru bernikah pada tengah disember lepas. Masalah yg sy alami adalah, mulanya sy berasa sakit dikeliling pusat, berdenyut kuat. Sy pergi ke hospital kerajaan berdekatan, doc beri sy ubat tahan sakit cucuk dipunggung, uji air kencing dan xray. Selepas xray doc cuma beri sy ubat tahan sakit iaitu paracetamol utk dimakan dua biji skli dan ubat gastrik utk minum. Sehari selepas itu sakit perut berkurang tetapi kencing sy mula berdarah. Tapi tiada kesakitan. Darah hanya keluar semasa kencing dan ia berketul seperti darah haid. 3 hari kemudian darah masih keluar, sy muntah pada pagi dengan kuantiti yg sikit, kemudian sakit yg teramat dibahagian bawah perut dan belakang pinggang. Sy pergi ke klinik berdekatan, doc cek air kencing kemudian beri sy ubat kencing kotor. Ubat tahan sakit, antibiotics dan lawas kencing. Sekarang sy mula rasa mual. Sakit dibahagian bawah perut cuma kurang bila sy makan ubat tahan sakit kemudian dia berulang. Darah berkurang sedikit. Perlu ke sy tggu sampai ubat habis utk tgk keadaan dulu atau sy perlu cepat2 refer ke hospital? Apa perlu sy buat? Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kencing berdarah dan sakit di bahagian bawah perut. Untuk makluman anda,
masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Hemophilia
- Ketulan darah dalam buah pinggang
- Penggunaan ubat cair darah (seperti aspirin atau warfarin)
- ‘Sickle cell disease’
- Thrombocytopenia (kurang bilangan sel platelet)
Darah yang kelihatan ia berada dalam air kencing mungkin juga boleh datang dari punca yang lain , contohnya:
- Vagina (bagi perempuan)
- Pergerakan usus (berak berdarah)
Sila menghubungi klinik atau hospital yang terdekat sekiranya terdapat gejala seperti yang berikut:
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih