Sulit
3 tahun
Kencing berdarah selepas mendapatkan rawatan pergigian
Hye Dr… Saya wanita berumur 20-an…saya telah mendapatkan rawatan pergigian sebanyak 2x dalam beberapa bulan ini… Persoalan yang timbul ialah selepas saya mendapatkan rawatan pergigian… Saya telah mengalami hal yang merisaukan saya iaitu setiap kali saya membuang air kecil… Terdapat darah dalam air kecil saya… Saya juga telah ke klinik utk mendapatkan rawatan… Ttp dr hanya mengatakan tiada apa2 dengan air kecil saya… Please advise me dr… Thanks you
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Masalah kencing berdarah boleh disebabkan oleh;
- kecederaan pada saluran peranakan atau kencing
- jangkitan kuman pada saluran kencing
- masalah buah pinggang
- sindrom nefritik
- kecederaan buah pingggang kerana makanan seperti Jering
- kesan sampingan ubat ubatan
Ia juga boleh disebabkan kanser namun kondisi ini jarang berlaku, seperti
- kanser buah pinggang
- kanser pundi kencing
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih


































