
Sulit
3 tahun
Kencing berdarah tetapi tidak berasa sakit
Slmat petang…sy lelaki umur 20 tahun…saya mengalami kencing berdarah 3 minggu yang lalu dan terus dikejarkan di hospital…setelah dibuat pemerikasaan saya mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing dan diberikan ubat…tapi setelah ubat hbis sy makan 1 minggu kmudian saya mengalami lagi kencing berdarah tpi tidak berasa sakit dan hnya sekali sahaja kencing saya berdarah dan kemudian kembali normal…adakah masalah ini serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, masalah kencing berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan kuman dalam saluran kencing
sumber makanan seperti jering, beetroot
pembesaran prostat
kecederaan pada sebarang struktur saluran kencing
batu karang dalam ginjal
batu karang dalam pundi kencing
Namun,jika ianya tidak sakit, gejala yang terjadi boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- kanser pada ginjal (renal cell carcinoma)
- kanser pundi kencing
- kanser prostat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.