
Anonymous
5 tahun
Kencing berdarah, tidak merasa sakit. Kos bagi ultra sound
Saya kamarul nizam.
Berumur 39 tahun, saya sudah 3 hari kencing berdarah dan telah pergi ke klinik swasta untuk berjumpa doktor dan telah diberi ubat
Saya ingin mengetahui juga kos bagi ultra sound untuk melihat puncanya.
Ubatan yang diberi.
- lawas kencing.
- Antibiotik
- batu karang (rowatinex)
- Urine alkaline

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, masalah kencing berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman dalam saluran kencing
- sumber makanan seperti jering, beetroot
- pembesaran prostat
- kecederaan pada sebarang struktur saluran kencing
- batu karang dalam ginjal
- batu karang dalam pundi kencing
Namun, jika ianya tidak sakit terdapat juga sebab yang jarang sebagai contoh
- kanser pada ginjal (renal cell carcinoma)
- kanser pundi kencing
- kanser prostat
Kos bagi ultrasound bagi setiap pusat perubatan adalah berbeza jika encik memilih untuk ke hospital kerajaan, kos diagnosis dan rawatan biasanya tidak lebih daripada RM 50 tetapi encik harus bersabar menunggu giliran
Manakala bagi hospital swasta pula kebiasaannya tidak melebihi RM 1000 dan encik boleh membiayainya dengan insurans bergantung kepada plan yang encik langgan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.