
Sulit
4 tahun
Kencing berdarah untuk pertama kali ketika kali ke dua bangun dari tudur
Saya lelaki berumur 20 an. Kenapa saya kencing berdarah. Awal pagi setelah membuang air kecil perut saya sakit. Dan saya teruskan tidur. Selepas bangun dari tidur saya membuang air kecil sekali lagi saya dapati air kencing saya berdarah tetapi tidak sakit ketika membuang. Dan perut saya agak tidak lawas seperti terdapat banyak angin. Dan saya telah mengambil ubat lawas kencing. Tetapi saya hanya kencing berdarah satu kali sahaja. Sekarang keadaannya okay sahaja. Apakah faktor yang menyebabkan itu terjadi?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria” manakala air kencing berdarah yang boleh dilihat dikenali sebagai “macroscopic hematuria”. Antara penyebabnya adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.