goodgirl_emma7
6 tahun
Kencing berubah warna
Hai,sy berusia 35 thn dan ibu kpd 2org cahayamata.Sy ada asma tp soalan sy bkn brkaitan asma.Begini,sy mengalami demam menggigil secara tiba2 pada waktu pagi slps mandi,sejuk yg teramat hingga sy selimut badan dgn kain 4lapis,kemudian sy trtidur dr pkl 11pagi sehingga pkl 2ptg,kemudian bila bgn dr tido sy dapati demam sy dah hilang tp sblknya sy mengalami sakit kepala yg tramat sehingga sy rasa urat disekeliling mata sy sprti ditarik2 sakitnya sampai x trtahan,rasa nk muntah,loya semua ada dan ada muntah sedikit,suami beri sy makan panadol 2biji utk hilangkan sakit kepala,sy makan panadol dan tidur lagi.Dua jam kemudian sy trjaga drpd tidur krn rasa nk buang air kecil,ketika membuang air kecil itulah sy perasan ada perubahan warna pada air kecil sy,dimana warnanya kelihatan agak keruh sedikit,seolah2 warna kuning brcampur darah,tp tidak sakit,utk pengetahuan spnjg sy x sihat sy hnya minum air ribena satu botol kecik shj 500ml krn rasa mual dan loya,prsoalan sy…harini hari kedua dan sy telah sembuh sepenuhnya drpd demam yg sy alami cuma kemusykilan sy knp air kencing sy masih brwarna sprti itu? bila sy tnya suami,dia kata mgkn kesan makan panadol dan kurang minum air kosong tp harini sy xde makan panadol tp masih jadi mcm tu,ianya amat merisaukan sy,bolehkah doc bantu sy? terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berwarna keruh selalunya disebabkan jangkitan saluran air kencing.
Kencing berdarah boleh berlaku pada tahap mikroskopik atau boleh dilihat dengan mata kasar. Antaranya adalah:
- Batu karang
- Jangkitan saluran air kencing
- Disfungsi buah pinggang akibat dos ubat berlebihan
- Kanser buah pinggang
- Trauma selepas prosedur melibat saluran kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kencing berwarna adalah suatu yang subjektif. Warna boleh bertukar dari jernih ke kuning pekat bergantung kepada tahap hidrasi badan anda. Jika anda tidak sihat seperti demam akibat jangkitan juga kadangkala boleh mengakibatkan perubahan warna air kencing anda. Banyak penyebab lain yang mungkin lebih serius,namun ia bergantung kepada gejala-gejala lain yang anda alami dan dapatan dari pemeriksaan doktor.
Jika anda mengalami gejala lain berserta masalah anda, anda boleh teru berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.


































