Anonymous
6 tahun
Kencing berwarna merah/darah
Salam doctor… ayah sy berumur 54 tahun. Harini dia mengadu yang dia berasa risau kerna 2 kali beliau kencing ada keluar darah. Tapi kali ke3 air kencingnya warna normal. Dia mengadu ada merasa sakit pada pinggangnya… saya turut berasa risau dan saya ingin minta penjelasan dari pihak doctor berhubung masalah ini… terima kasih doctor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kencing berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada zakar
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































