Sulit

3 tahun

Kencing dalam seluar sekolah

anak saya sudah darjah tiga. tetapi selalu seluar sekolah hancing adakah dia mengadapi masalah tidak boleh menahan kencing ada tak rawatan untuk itu. adakah ubat ubatan yg boleh dicadang untuk di beli di farmasi atau perlu mendapatkan pemeriksaan dihospital.

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan maklumat yang anda berikan, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan jika anak anda mempunyai masalah menahan kencing atau tidak. Beberapa maklumat perlu diperolehi sebelum kami boleh memberikan diagnosis dalam hal ini.

Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.

Jika dia terkencing dalam seluar, kami sarankan anda untuk mengkaji semula masalah ini dengan berkomunikasi dengan anak anda.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian :

  1. Apakah yang berlaku dalam tempoh 2 -3 minggu lepas sebelum masalah ini terjadi?
    Sebagai contoh – adakah terdapat kejadian yang tak diingini di tandas menyebabkan anak takut ke tandas?
  2. Adakah ini berlaku sepanjang masa atau waktu tertentu / tempat tertentu? Contohnya hanya berlaku di rumah tetapi tidak berlaku di sekolah? berlaku pada waktu sekolah sahaja atau waktu hari minggu?
  3. Adakah ada masalah lain? seperti kencing sakit yang mungkin menandakan ada jangkitan pada saluran air kencing, atau hilang selera makan , sering termenung dan tidak seceria dulu – mungkin masalah buli atau dimarahi di sekolah. Adakala anak anda menahan kencing sepanjang di sekolah mungkin kerana takut ke tandas / terdengar cerita2 menakutkan dan tidak dapat lagi menahan dan terkencing dalam seluar?
  4. Adakah dia menyedari dia terkencing atau tidak? Anak puan diam apabila ditanya mengapa tidak mahu ke toilet. Cuba cara ini - Panggil dia ke bilik dengan lembut , beritahu dia anda sayang padanya dan tidak akan marah walaupun apa yang diberitahu, tanya jika ada masalah samada di sekolah atau di rumah dan beri perhatian padanya.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Si cilik perlu mendapatkan perhatian kesihatan yang sebaiknya. Bincang isu kesihatan kanak-kanak bersama pakar bertauliah

child

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)