
Sulit
3 tahun
Kencing dalam seluar
Saya mempunyai anak lelaki yg sihat dan aktif berumur 5 tahun 5 bulan, saya telah mencuba untuk potty training sejak dia berumur 4 tahun… pelbagai cara dan teknik dah saya guna tapi sampai sekarang anak saya akan terkencing atau terberak dalam seluar dan tak akan beritahu saya… Dia boleh bermain dgn seluar basah kuyup. Dah mcm2 saya cuba tapi tak berjaya.
Anak saya petah bercakap kalau dia perlukan apa-apa dia memang bijak bercakap dengan saya tapi tidak apabila berak dan kencing dalam seluar. Minta bantuan doktor dalam kes ni… saya dan suami dah buntu untuk membantu anak saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Jika anak anda terkencing dalam seluar, kaji semula masalah ini dari mula. Anda disarankan untuk tidak memarahi anak anda kerana ini bukan disengajakan.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian :
Apakah yang berlaku dalam tempoh 2 -3 minggu lepas sebelum masalah ini terjadi?
Sebagai contoh – adakah terdapat kejadian yang tak diingini di tandas menyebabkan anak takut ke tandas?Adakah ini berlaku sepanjang masa atau waktu tertentu / tempat tertentu? Contohnya hanya berlaku di rumah tetapi tidak berlaku di sekolah? berlaku pada waktu sekolah sahaja atau waktu hari minggu?
Adakah ada masalah lain? seperti kencing sakit yang mungkin menandakan ada jangkitan pada saluran air kencing, atau hilang selera makan , sering termenung dan tidak seceria dulu – mungkin masalah buli atau dimarahi di sekolah. Adakala anak anda menahan kencing sepanjang di sekolah mungkin kerana takut ke tandas / terdengar cerita2 menakutkan dan tidak dapat lagi menahan dan terkencing dalam seluar?
Adakah dia menyedari dia terkencing atau tidak? Anak puan diam apabila ditanya mengapa tidak mahu ke toilet. Cuba cara ini - Panggil dia ke bilik dengan lembut , beritahu dia anda sayang padanya dan tidak akan marah walaupun apa yang diberitahu, tanya jika ada masalah samada di sekolah atau di rumah dan beri perhatian padanya.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor