
Anonymous
5 tahun
Kencing keluar air mani
Baru2 ni, selepas kencing akan disusuli air mani yg menitis. Rasa tak puas kencing dan rasa tersekat2… Lepas tu keluar titisan air mani. Rasa pedih semasa kencing pun tak ada. Apa punca boleh jadi mcm tu? Serius tak penyakit tu? Tq

5 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan peneragan diatas kami memahami bahawa anda mengalami kencing tidak lawas dan kami juga memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang dihadapi oleh anda. Antara punca kencing tak lawas adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila berbincang dengan doktor kami untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih