nafqayyima
4 tahun
Kencing kerap ibu mengandung di usia 13 minggu
Salam .saya berumur 34 tahun .sedang mengandung 14 minggu anak ke empat ingin bertanya adakah biasa ibu yang masih di awal kehamilan untuk kencing kerap.ia tak terjadi kerap dalam 3 minggu ni tapi .boleh dikatakan selang 3 atau 4 hari …saya akan mengalaminya balik,terutama di waktu malam;.contoh semalam selepas balik makan.saya sudah ke toilet ,dan rasa sudah banyak kencing .then tak sampai 3…4 minit.saya merasa perlu ke toilet semula.ia berlaku 4 kali jugak.memng rasa x selesa.selepas 4 kali tu …dah nak tidur,baru rasa ok sikit.tapi ,terjaga pukul 4.30 dan merasa x selesa kerana perlu ke toilet untuk kencing semula…sebelum ni tak pernah lagi experience begini …jadi agak menguji.papun .boleh saya minta saranan doktor apa yang terbaik.terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini normal untuk dihidapi oleh wanita hamil walaupun pada awal kehamilan.
Walaubagaimanapun, sekiranya anda merasakan kuantiti air kencing anda melebihi air yang anda minum, mengalami gejala berkaitan seperti sakit sewaktu membuang air kecil, air kencing berbau, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut bagi mengecualikan jangkitan saluran kencing dan kencing manis sewaktu kehamilan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sekiranya masalah ini berlanjutan kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.