
Sulit
3 tahun
Kencing kerap(kdg ok kdg rasa)(better on day)
Hai saya lelaki berumur 29. Baru baru ini saya punya masalah iaitu kerap kencing…saya telah bjumpa dgn doktor dan sy telah check darah guna glucometer dimana bacaan saya ini normal gula. Dia beri sy flavoxate hcl. Setelah makan keadaan inprove.bagaimana saya mahu hilangkan penyakit ini. Bantu saya. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hi, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara selain kencing manis. Antaranya:
Terlalu banyak minum air
Masalah prostat
Masalah hormon yang mengawal air dalam badan
Radang pada pundi kencing
Penggunaan ubat ubatan seperti ubat darah tinggi jenis diuretik
Pundi kencing terlalu aktif (Overactive Bladder)
Kesan strok
Bagi mengetahui rawatan bagi menghilangkan penyakit anda, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.