
Anonymous
6 tahun
Kencing kotor dan faraj gatal
Seminggu yang lepas, saya mengalami masalah kerap kencing dan rasa sakit kentika kencing. Kemudian, sy pergi ke farmasi. Sy beli jus cranberry utk lawas kencing. Setelah 3 hari berturut2 tidak juga baik. Tetapi makin memburuk, saya mengalami gatal2 yang teruk. Rasanya seperti gatal dibahagian dalam dan luar faraj. Sy kerap membuang air seperti tidak dapar ditahan2. Sehingga sy terkencing didalam seluar. Bila sy pergi ke toilet, hanya sedikit shj air kencing. Kegatalan pd faraj sy dpt rasakan teramat sgt sehingga sy tidak dpt menahan rasa untuk mengaru. Kemudia sy pergi berjumpa doktor, doktor bagi sy ubt sapu dan antibiotik. Sy telah minum ubt yg diberikan dan minum banyak air mineral. Tp tidak juga baik. Sy sudah tidak tahan dgn masalah yang saya alami. Boleh doktor beri penjelasan mengenai masalah sy? Apa yang patut sy buat? Apakah sy terkena jangkitan yang berbahaya? Apakah sy terkena syphilis atau hiv? Apakah sy terkena terkena tanda2 barah? Sila jelaskan.

6 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai punca masalah ketika kencing. Simptom kerap kencing dan pedih selalunya boleh disebabkan oleh jangkitan pada saluran kencing, pundi kecing atau buah pinggang atau jangkitan penyakit kelamin. Namun begitu, sesetengah perkara seperti pengambilan minuman bekafin, alkohol atau masalah “urinary incontinence”, “overactive bladder” dan juga penyakit kencing manis boleh menyebabkan masalah kerap kencing. Bagi sesetengah pesakit, kemalangan, kecederaan, postur yang tidak betul serta kerap mengangkat barang berat boleh menyebabkan masalah kepada pundi dan saluran kencing.
Kegatalan pada faraj pula boleh disebabkan oleh masalah seperti
- Jangkitan penyakit kelamin
- Bacterial vaginosis
- Jangkitan atau keradangan pada saluran kencing
- Jangkitan kulat
Kegatalan pada faraj boleh disebabkan oleh penjagaan kebersihan yang kurang baik serta pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai seperti pakaian dalam dari kain sintetik. Namun begitu, penggunaan pembersih faraj seperti “douching” boleh menyebabkan ketidakseimbangan organisma faraj dan menyebabkan kegatalan.
Tanpa maklumat lebih lanjut serta pemeriksaan lengkap, adalah sukar untuk membuat kesimpulan mengenai masalah yang anda hidapi. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk kepada doktor bagi menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah di link ini secara percuma. Harap membantu.
Terima kasih.