
Sulit
5 tahun
Kencing kotor dan kencing tak lawas
Saya wanita umur 27 baru2 ni saya kerap kencing sampai satu tahap bila saya kencing yg hujung jadi sakit…saya mkn ubat farmasi untuk lawas kn kencing skrg dh berkurang 2hari kemudian pinggang blkg saya sakit sgt…farmasi ada bagi ubat urosolt lepas 3 hari sakit dh berkurang…tpi bila saya kencing ada keluar lendir putih bercampur darah…kenapa yer??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing sakit dan berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang saluran kencing/buah pinggang - akibat jangkitan kuman, batu karang atau penyakit auto-imun
- Kecederaan pada saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.