Anonymous
6 tahun
Kencing Kotor dan Penyakit Kelamin
Saya wanita 20an dan telah berkahwin. Pada awal Januari saya telah mengalami :
- Kencing kotor dan terasa sakit dan pedih
- Dubur terasa seperti luka dan bengkak dan terasa seolah-olah ingin membuang air besar
- Pernah keluar cecair kehijauan dari alat sulit dan dubur
- Najis pernah diselaputi lendir
Pada awalnya saya telah minum air garam dari farmasi namun tidak berkesan. Pada Februari saya telah makan antibiotik untuk kencing kotor dan ubat lawas kencing dari farmasi kemudian sembuh. Seminggu selepas itu saya mengalami sakit kencing kotor kembali. Pada April saya telah ke klinik dan hanya buat ujian air kencing untuk kencing kotor sahaja dan doktor mengatakan kencing saya ada jangkitan dan darah. Saya makan antibiotik, ubat cystone dan air garam. Pada bulan tersebut saya telah datang haid yang lama iaitu 14 hari. Kini saya mengalami :
- Kencing tidak lawas
- Sedikit cecair kehijauan
Pada awalnya suami saya turut mengalami kencing kotor dan nanah namun telah sembuh setelah makan antibiotik. Adakah saya perlu buat ujian untuk penyakit kelamin?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman saudara, terdapat beberapa penyebab kencing berdarah. Antaranya:
- Jangkitan kuman pada salur kencing (kencing kotor)
- Penyakit batu karang
- Jangkitan penyakit kelamin
- Kecederaan
- Beberapa jenis makanan dan ubat boleh memberi warna merah pada kencing anda
- Masalah dehidrasi boleh memberi warna lebih pekat dari biasa serta air kencing yang sedikit
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, anda amat disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian secara percuma. Terima kasih.

































