
azaniqbal1223
5 tahun
Kencing kotor dan sakit pinggang
Hi docs,saya berusia 29tahun dan saya kerap terkena kencing kotor.sekarang ni saya sakit pinggang sampai tidak boleh bangun dan buat apa2 aktiviti… saya tidak tahan kerana terlampau sakit

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,kemungkinan besar sakit pinggang kanan anda disebabkan oleh jangkitan kuman daripada kencing kotor anda di organ sekitar kawasan tersebut seperti buah pinggang. Antara punca lain yang boleh menyebabkan sakit pinggang adalah:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat seperti:
- Ciri kesakitan
- Tempoh kesakitan
- Adakah sakit pinggang sebelum anda didiagnos mempunyai kencing kotor
- Adakah doktor bagi ubat tahan sakit
- Simptom lain (demam,loya,muntah )
Oleh sebab itu,sekiranya masalah ini berterusan dan menganggu akitiviti seharian anda sila rujuk ke klinik dengan segera. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih