
Sulit
3 tahun
Kencing kurang dari sepatutnya
Anak saya berumur 6bulan 21hari, dlm 2-3hari ni saya perasan air kencing anak saya kurang dari sepatutnya. Kalau ikutkan setiap kali minum susu 120ml dlm 3jam sekali tapi air kencing tidak banyak. Adalah itu normal? Atau anak saya sedang sakit? Anak aktif mcm biasa

3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bayi anda.
Untuk pengetahuan anda, kekerapan untuk bayi kencing adalah berbeza mengikut individu. Sekiranya anda telah mengetahui berapa kali kebiasaannya bayi anda kencing, dan sekarang ianya berkurang, ia boleh disebabkan oleh dehidrasi atau kekurangan air dalam badan bayi. Hal ini mungkin kerana kurang pengambilan susu atau masalah jangkitan kuman yang menyebabkan bayi kurang selera. Ia juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran yang panas.
Antara tanda tanda lain dehidrasi adalah:
- Bayi menangis tetapi tiada airmata keluar
- Bayi asyik dahaga
- Kekeringan pada bibir, mulut dan lidah
- Bernafas dengan lebih laju
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Bagi mengatasi masalah dehidrasi di rumah untuk masa sekarang, anda boleh cuba tingkatkan kekerapan penyusuan bayi anda. Mungkin anda boleh menyusu setiap satu ke dua jam.
Sekiranya masalah ini berpanjangan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.