
Sulit
4 tahun
Kencing lambat keluar dan sikit
saya lelaki berusia 31 tahun…kadang² bila saya nak kencing air kencing lambat keluar dan keluar sikit sahaja…sometime ada rasa nak berak dan kencing tapi najis tak keluar dan air kencing keluar sedikit shj…kenapa doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi seperti:
- Kelenjar prostat bengkak
- Jangkitan kelenjar prostat
- Jangkitan saluran kencing
- Kesan sampingan ubat seperti antidepressi
- Masalah saraf
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.