
Sulit
4 tahun
Kencing manis & masalah sembelit
Saya wanita dalam usia 20’an dan menghidapi kencing manis tahap 2.saya ada masalah untuk membuang. Saya telah cuba utk makan byk sayur dan buah (dalam kuantiti yang disarankan) untuk mengatasi masalah ini tetapi tidak berjaya. Saya perlu makan sebiji 2 buah prune atas yogurt untuk membantu saya membuang. Saya tau makanan ini mengandungi gula yg tinggi, bolehkah doc cadangkan penyelesaian lain untuk masalah yang saya hadapi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah sembelit seperti:
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
- Minum susu berlaktosa
- Mengambil makanan kaya dengan probiotik seperti tempeh
Jika perkara cara yang dinyatakan tidak mengurangkan masalah anda mungkin sembelit yang anda alami adalah disebabakan perkara lain. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sembelit seperti:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
.* Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome). - Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.