
Sulit
3 tahun
Kencing pedih ( dysuria )
Saya seorang lelaki Dan Masih lagi bersekolah . Saya agak kerap bermastrubasi Dan pada pagi dua Hari Lepas saya bermastrubasi Dan pada petang saya berasa pedih ketika kencing .saya Cuba melihat pada lubang kemaluan Dan saya dapati seolah - olah separuh lubang kemaluan saya melekat diantara satu Sama lain . Ini Hari ketiga saya berdepan dengan masalah ini . Ini bukanlah Kali pertama saya mengalami masalah ini , sebenarnya ini Kali kedua . Cuma , saya agak cemas apabila melihat lubang kemaluan saya seolah - olah melekat . Saya harap nasihat pakar dapat membantu saya Dalam menyelesaikan masalah ini.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah pedih ketika kencing. Saya akan cuba memberikan maklumat tentang keadaan ini dengan baik.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh mengakibatkan rasa pedih semasa kencing. Antara sebab tersebut adalah:
- Jangkitan saluran kencing
- Halangan pada saluran kencing
- Batu karang
- Kanser
- Trauma pada saluran kencing
- Dehidrasi
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah