msallehmnoh
6 tahun
Kencing pedih selepas gastrik
Saya baru lepas kene gastrik 2 hari yg lalu.kerana makan makanan pedas dalam keadaan perut yg telalu kosong.sudah dapatkan rawatan .dan doctor sahkan ini saket perut can gastrik.alhamdulilah gastriknya da ok.cuma yg saya rasa tak selesa sekarang kencing saya pedih ketika nak air kencing saya keluar dipenghujungnya.dalam masa yg same alat sulit saya pun rase tak selesa.adakah ini kesn dari gastrik atau ada masalah laen pula.buat mase sekarang saya masih mampu mengawalnya.dan dalam mase yg same saya maseh makan ubat gastrik dan tahan sakit yg dibekalkan oleh doctor hospital.mohon doctor beri pencerahan tentang saket saya
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing rasa pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Masalah ini tiada kaitan dngan gastrik.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































