
Sulit
4 tahun
Kencing sakit serta bernanah keluar
Saya lelaki umur 19 tahun mendapati kesakitan ketika kencing dan dan saya dapati nanah mula keluar melalui kemaluan saya sejak 5 hari lalu…apakah penyakit ini serta apa ubat yang disarankan?tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing sakit dan bernanah yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan daripada penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat dan rawatan yang tepat boleh diberi. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.