Anonymous
6 tahun
Kencing tak lawas berlarutan lebih 3hari
Sy wanita berusia 31thn.sudah berkahwin. Beberapa hari lepas kerap merasakan kencing tak lawas… Sy sudah mengambil ural, tp masih tak sembuh…
Sy cuba memasukkan jari ke dlm vagina, bila sy tekan kat dinding atas tu, terasa lagi nak kencing… Tu mnjadikan sy tak selesa bila bersama dgn suami… Apa yg perlu sy buat… Adakah perlu berjumpa doktor? Sy takut ada kemungkinan penyebab lain…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Untuk membuat kesimpulan bahawa anda mengandung sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.


































