
Anonymous
5 tahun
Kencing tak lawas dah ada darah
Saya wanita berumur 20 an, saya mengalami kencing tak lawas dah sakit di bawah perut. Bila saya nak membuang air kecil tempat yang dibawah perut saya sakit dan mengeluarkan darah apakah puncanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Air Kencing Berdarah yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dipanggil “microscopic hematuria”. Antara penyebab kencing tak lawas dan air kencing berdarah adalah:
Jangkitan kuman dalam saluran kencing
Masalah batu karang di saluran kencing
Penyakit buah pinggang
Masalah pembekuan darah
Pengambilan ubat-ubatan
Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.