
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas dan sakit tulang
Saya wanita dalam 40an, tiada masalah penyakit serius. Cuma ada masalah sakit kencing tak lawas. Atas saranan doktor, saya telah amalkan pengambilan ubat ural sachet dan sekarang telah masuk dua bulan, Alhamdulillah sakit saya selesai dan saya amalkan sehingga sekarang tetapi tidak kerap contohnya 2 hari sekali. Dan baru2 ni saya telah ke farmasi untuk bertanyakan soal makanan tambahan untuk tulang, farmasi berkenaan telah mencadangkan saya beli Watson Calcium 360mg+vitamin D3 softgel atas bajet mampu saya. Soalannya, adakah sesuai pengambilan ubat ural sachet ni bersama softgel calcium+vitD3 untuk jangka masa panjang dan kesannya? Sekian terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tiada maklumat yang menyatakan anda tidak boleh menggunakan ubat dan supplemen tersebut bersama-sama. Namun, beberapa maklumat tambahan dan sejarah kesihatan anda diperlukan sebelum kami boleh memberikan kesimpulan dalam hal ini.
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.