
Sulit
4 tahun
Kencing tak lawas / kerap kencing
Doc , sy berumur 18 tahun . Perempuan , sy mengalami masalah kencing tak lawas . Sy kerap rasa nak terkencing tapi air kencing yg dikeluarkan tu kadang" sikit je sampai letih nak ulang alik tandas . Masalah kerap kencing ni lagi teruk bila tiba waktu malam / selepas sy makan maggi (sy tak tahu apa kaitan) . Setiap 2-4 minit mesti terasa nak kencing . Kenapa ya doc ? Ada tak cara nak pulihkan masalah sy ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas dan pedih, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.