
Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas sehingga sakit kepala
Saya wanita 20 an,dalam 2,3 minggu ni asyik menghadapi masalah kerap kencing,saya banyak bergantung pada kafein dan saya baca kafein boleh buat kerap kencing.jadi saya stop pengambilan kafein,tapi saya still rasa tak selesa.rasa seperti ada air kencing bertakung di pinggang,rasa sangat tak seleaa bila kencing kadang kadang air kencing slow,kadang keluar sekejap sekejap,kadang ok,tapi mostly lepas kencing mesti rasa macam tak habis.benda ni pernah berlaku,dalam beberapa hulan yang lepas,saya kencing berdarah,simptom lebih kurang sama,ada kemungkinan ka yg jangkitan kuman tu kembali lagi? perlu ka saya mendapat kan rawatan atau penjagaan kendiri sudah mencukupi?dan saya juga selalu sembeli dan rasa seperti ada ketul besar mencucuk dia sekitar punggung dan pingang?adakah perkara ini berkaitan?terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan kami memahami anda mempunyai masalah kencing tidak lawas dan sembelit, adakah ini betul? Kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini
Untuk makluman anda, gejala kencing tidak lawas yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing
- Saluran kencing tersumbat
- Jangkitan penyakit kelamin
Namun gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Batu karang
Jika anda mempunyai gejala sembelit, ia boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kekurangan minum air
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal
Masalah sembelit boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius seperti:
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.