Sulit
6 tahun
Kencing terasa pedih dan haid lambat datang
Hi, sy wanita berumur 25 tahun dan sudah berkawin. Sy bru sedar yg haid sy sudah lambat 5 hari dan ketika saya membuang air kencing, mesti akan merasa pedih di bawah pundi kencing tersebut. Saya cuba buat pregnancy test sebyk 2x tp results dia negatif. Before that, sy pernh mengalami masalag gatrik. Sejk sy mkn ubat gatrik itula, sy mula merasa pedih apabila kencing. Boleh sy tahu apa masalah dia?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- “benign prostatic hyperplasia” (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Bagi ujian kehamilan, anda disarankan untuk membuat ujian tersebut sekurang-kurangnya 1 minggu hingga 2 minggu lewat haid.
Sila klik pada link tersebut untuk mengetahui bagaimana menggunakan ujian kehamilan dengan tepat.
“Bagaimana menggunakan alat ujian kehamilan”
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.


































