
Anonymous
5 tahun
Kencing tidak keluar
Hi Doctor,
Soalan berkenaan ayah saya
Umur : 66 tahun
Medical history : angina pectoris
Baru2 ini ayah sy mengadu tidak boleh kencing.
Last kencing secara normal : 12thgmlm 28hb may 2019
28hb pg lansung tidak boleh kencing
Ayah saya dimasukkan kehospital dan tiub kencing dipasang
Ultrasound : tiada batu karang dan tiada bengkak prostat
Ayah saya juga tiada penyakit darah tinggi dan kencing manis
Doctor juga tidak dapat memberi penerangan terperinci mengenai apa yang di alami oleh ayah saya
Harap doctor boleh menjelaskan dan membantu saya memahami.
Terima kasih doctor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sukar kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.