
shafiqashah88
5 tahun
Kencing tidak lawas dan darah warna coklat
Saya berumur 25 tahun. Baru berkahwin tahun lepas. Sebelum ini sy tidak pernah alami perkara seperti ini. Biasanya saya hanya rasa sakit ketika melakukan hubungan kelamin. Baru2 ini sy dan suami melakukan hubungan kelamin. Kali ini suami sy agak ganas dan boleh jadi 3 round pada malam tersebut. Sehari selepas itu, kencing sy tidak lawas. Bila kencing, air kencing hanya keluar sedikit2 sahaja. Juga ada cecair darah yg berwarna coklat yg keluar semasa kencing. Saya khuatir utk pergi ke hospital dptkan konsultasi doktor kerana takut jika perlu lakukan pembedahan. Dan saya juga teringat, semasa sekolah menengah dahulu sy perlu ambil suntikan hpv. Malangnya, pada hari tersebut sy tidak hadir skolah dan tidak ambil suntikan tersebut. Apakah masalah penyakit saya ini doktor? Dan apa yg saya perlu buat? Adakah alternatif lain selain dr pergi ke hospital?
Berkenaan dengan masalah darah berwarna coklat selepas melakukan hubungan kelamin, jika cecair itu sudah tidak keluar, tetapi kencing saya masih tidak lawas… Apabila kencing terasa sakit dan sekali kencing keluar sedikit2 sahaja… Apa yg patut sy lakukan? Ubat apa di farmasi yg sy boleh cari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kencing tidak lawas dan pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.