
Sulit
4 tahun
Kencing tidak lawas selepas melakukan hubungan kelamin dan air kencing meleleh keluar setelah buang air serta tidak mencapai klimaks
Salam sejahtera. Saya syafiq berumur 33 tahun. Saya pernah terpotong salah satu urat kecil zakar yang bersambung dengan telur. Kejadian berlaku pada tahun 2010 yang mana saya mengalami kesakitan dan pendarahan selama 2 minggu. Malangnya saya tidak merujuk kepada mana-mana doktor mahupun pakar perubatan. Setelah mendirikan rumahtangga saya mengalami masalah kesihatan berkaitan zakar. Antara masalah yang saya hadapi ialah kencing tidak lawas ( kerap berlaku selepas melakukan hubungan kelamin), air kencing meleleh sendiri setiap kali buang air dan klimaks tidak mencapai puncak ( walaupun telah keluar mani). Untuk pengetahuan doktor saya pernah mengalami masalah jangkitan kuman pada pundi kencing ketika umur 10 - 11 tahun. Apakah penyebab masalah ini? Adakah kerana urat terpotong ataupun jangkitan kuman? Saya berharap pihak doktor dapat memberikan jawapan dan nasihat agar saya dapat mengatasi masalah ini. Sekian terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Masalah kencing tidak lawas boleh berpunca dari beberapa sebab, seperti:
- Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
- Masalah saraf (neurogenic bladder)
- Saluran kencing yang sempit (urethral stricture)
- Karang pada saluran kencing
- Jangkitan kelamin (sexually transmitted infection)
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk diperiksa lebih lanjut dan rawatan dapat diberikan. Kami tidak dapat memberikan kata putus kerana lebih banyak maklumat diperlukan.
Jika anda masih mempunyai soalan, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk penerangan lanjut daripada doktor kami. Terima kasih.