
Sulit
4 tahun
Kencing tidak lawas serta sakit dibahagian abdomen
Saya mengalami masalah untuk mengosongkan pundi kencing saya seperti kencing tidak lawas…purata air kosong sehari yang diminum sekitar 2 liter sehari tetapi kencing hanya 2 hingga 4 kali sahaja sehari denagan air kencing yang sedikit… Saya lelaki berumur 28 tahun… Apakah kesan jangka panjang bagi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda. Sebaiknya disebabkan anda telah lama mengalami masalah ini, sebaiknya dia dirujuk kepada doktor dan menjalani pemeriksaan. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Anda boleh ke klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta terdekat, sekiranya perlu , anda akan dirujuk kepada pakar. Anda juga boleh terus membawanya berjumpa pakar di hospital swasta sekiranya berkemampuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih