
Sulit
3 tahun
Kentut busuk , sakit perut bahagian kanan
hi dr. saya perempuan , umur 17 tahun. 2-3 harini kentut saya busuk sangat and ada masalah nak buang air besar. tambah , bahagian tepi kanan perut saya rasa sakit kalau gelak dan bergerak. patutke saya check ke klinik ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami, masalah buang air besar, sakit perut bahagian tepi kanan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Sembelit biasa
- Penyakit appendix
- Penyakit ovari (tidak berkaitan sekiranya haid anda biasa dan tidak bergejala lain.)
- Jangkitan pada usus
- Penyakit usus
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.