
Sulit
3 tahun
Kenyang awal (Early satiety), perut selalu ada bunyi angin seolah2 angin terperangkap
Saya lelaki berusia 25 tahun, sejak tahun lepas saya mengalami masalah ini di mana bila saya makan, saya cepat kenyang dan kenyang nya selalu sangat lama. Hal ini sangat membuatkan saya stress.
Selain itu, perut rasa tidak selesa hampir setiap masa sejak tahun lepas. Kadang bila baring, ada bunyi angin di perut seolah2 terperangkap. Ada masa tu rasa nyilu mcm ada benda bergerak, sekali sekala jak terjadi, I don’t know apa masalah saya and it’s stressing me out.
Tolong bantu saya doktor, stress sangat dari tahun lepas begini rasa macam di seksa. I don’t know how long I can handle this. Stresssss, saya x keluar rumah, x drive sbb masalah ni. Perut x selesa.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah cepat kenyang dan ketidakselesaan perut sehingga mengganggu kesihatan mental anda. Saya faham masalah yang anda alami. Namun begitu, lebih banyak maklumat diperlukan untuk mengenalpasti masalah yang anda sedang alami kerana kenyataan yang diberikan adalah terlalu umum.
Untuk makluman anda, gejala cepat kenyang selepas makan boleh menjadi salah satu tanda penyakit seperti:
- Radang perut
- Kanser perut
- Radang usus
- GERD
- Penyakit jantung
- Penyakit berkaitan mental
- Radang pankreas
Saya sarankan anda untuk mencuba perkara-perkara ini untuk mengurangkan simptom-simptom yang anda alami:
- Kurangkan stress and cukupkan rehat
- Banyakkan senaman yang seimbang
- Elakkan pemakanan yang mengandungi garam yang tinggi
- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Tetapkan waktu makan yang betul
- Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi
- Betulkan posisi tidur.
- Sentiasa minum air dengan secukupnya (elakkan dehidrasi)
Anda disarankan untuk berbincang mengenai situasi ini dengan doktor supaya rawatan yang sesuai boleh diberikan.
Saya harap jawapan saya memuaskan, sekiranya anda mempunyai persoalan lain atau ingin berbincang dengan doktor atau pakar kami, anda boleh menghubungi mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar gastroenterologi