
Sulit
4 tahun
Kepala bayi jelas kelihatan urat berwarna hijau. Adakah itu normal atau tidak?
Doktor… Anak saya berusia 3 bulan. Sekarang di kepalanya bahagian kiri, jelas terlihat urat berwarna hijau. Adakah itu normal atau tidak? Di bahagian belakang kepala anak saya jugak kelihatan seperti v shape terbalik. Nampak seperti line ridges… Jelas kelihatan. Apa perlu saya buat ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kecederaan pada bahagian kepala
- Suture yang belum bercantum sepenuhnya menyebabkan saluran darah mudah dilihat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai keterangan anda. Sila bawa anak anda berjumpa dengan doktor sekiranya dia menunjukkan gejala-gejala ini:
- Menangis tidak berhenti dan sukar dipujuk
- Demam
- Sawan
- Tidur terlalu lama dan kurang aktif
- Kurang menyusu
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.