
nurulanisah
5 tahun
Kepala bayi panas usia 3 bulan
Maaf bertanya, adakah merbahaya kepala bayi sy usia 3 bln panas… Menjelang tghari, tgh malam… Sedangkan suhu normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kami tidak begitu memahami tentang suhu normal namun kepala bayi panas. Ia mungkin boleh berbeza mengikut lokasi anda mengambil suhu. Jika anda mengambil suhu bayi pada kepala, ia sepatutnya akan meningkat jika kepala bayi anda panas. Maka, anda disarankan mengambil suhu bayi pada lokasi yang betul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.